RAKAN MAYA PRINCESS

Saturday, July 12, 2014

RESEPI TEMPEYEK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ana nak share cara dan bahan untuk buat tempeyek.. kalau kecil2 dulu mama selalu buat bila hari raya.. berbalang2.. atur semua adik beradik kat kampung..

Sebelum resepi tu hilang baik ana simpan dalam blog ni.. boleh ana buat rujukan satu hari nanti..

Bahan nye tepung beras, santan,  cili boh, lengkuas, serai, halia, jintan manis, garam, air, ikan bilis*, kacang*.. mula blend lengkuas, serai, halia.. lepas tu satukan semua bahan(kecuali bahan yang bertanda *) dalam satu bekas.. pastikan bancuhan tu cair..

Sementara siapkan bancuhan, masukkan acuan kedalam kuali supaya acuan tu panas.. supaya senang nak masukkan bancuhan tadi..

Masukkan bancuhan kedalam acuan yang panas.. hiaskan dengan beberapa biji kacang dan ikan bilis.. dan goreng.. bila dah lekang dari acuhan.. cepat2 pusing kuih tu,  supaya kacang nye masak...

Sekian.. selamat mencuba...

Post a Comment