RAKAN MAYA PRINCESS

Friday, July 11, 2014

8 CARA KEJUTKAN ANAK BANGUN TIDUR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Salam jumaat semua..  sejak 2 menjak ni,  ana banyak cari cara menjaga budak.. ni semua sebagai persediaan ana menjaga anak sedara ana musim haji nanti.. semoga allah permudahkan urusan ana nanti.. jom baca 8 cara mengejutkan anak bangun tidur...

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak, r emaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan
menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh:
Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi ,
solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana
dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Mari lah sama-sama kita amalkan.. semoga amalan ni boleh mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin...

No comments: