RAKAN MAYA PRINCESS

Showing posts with label PENGETAHUAN. Show all posts
Showing posts with label PENGETAHUAN. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

JENIS-JENIS KAWAN


hari ini ana nk share jenis kawan-kawan yang ada di sekeliling kita... Sekarang korang fikir sendiri korang jenis yang macamana dan kawan korang jenis yang macamana. Yang penting, jadilah kawan yang selalu menghargai kawan yang lain. Kosong-kosong selalu. Nangis sama-sama. Macho sama-sama, sweet sama-sama.


1. Ada Bila Senang (ABS)
Kawan macamni hanya hadir dalam hidup kita masa kita senang. Masa kita ada duit. Masa kita ada apa yang dia takda. Cuba korang susah, cubalah call kawan ABS ni, dia akan jawab berhati-hati. Maksud hati-hati tu, masa dia jawab bila korang bagitau nak minta tolong dia bagi alasan. Kau kirim barang dia cakap tak sempat. Kau suruh ambikkan anak dia cakap banyak kerja. Tapi, bila kau ada bonus dia pertama muncul. Bila kau open table dia order macam dia yang bayar. Bila kau beli gajet baru dia yang offer nak test. Kau ada kereta baru dia nak bawak dulu. Kawan jenis ni hanya bertempek dengan orang yang senang dan berharta. Dia rasa bangga. Nak kenal kawan macamni senang, ajak dia bercuti. Bila cerita dia akan up kawan-kawan yang kaya, yang senang. Kau akan kenal perangai dia. Bila dah tahu tu, pandai-pandai koranglah.

2. Susah Senang Bersama (SSB)
Biasanya kawan macamni orang yang kita kenal dari kecik. Tak semua orang ada kawan yang kekal dari kecik. Dari saat membesar bersama, ada yang kenal dari tadika, dari sekolah rendah, dari hi-skool. Biasanya kawan-kawan macamni kita boleh gurau apa saja. Tegur selamba. Masuk rumah ikut suka. Selongkar bilik macam dia punya. Bahan (mengejek, kitai) tak jaga hati kita. Makanan kita makanan dia. Makanan dia makanan kita. Dia = kita. Kita = dia. Sakit dia, sakitlah kita. Dan sebaliknya. Tapi, ada juga yang dapat kawan jenis SSB ni masa kenal kat universiti, kolej, tempat kerja dan sebagainya. Paling common yang kenal dari kecik.

3. Lepas Tangan Pemalas (SNAIL)
Ok. Kenapa panggil dia snail. Sebab kawan macamni pemalas. Malas nak respon. Malas nak tolong. Malas nak ambik tau. Malas itu malas ini. Serba serbi malas. Jenis lepas tangan. Buat aktiviti dia paling last involve. Atau secara tepatnya dia join lepas semua dah siap. Korang buat semua benda susah dia datang bila dah siap (atau hampir siap). Masa tu dia buat-buat nak tolong. Dengan harapan korang nampak effort dia. Cis! Suka mengarah. Gaya macam bos. Bakat SNAIL ni dia pandai berpura-pura. Hanya rajin untuk diri-sendiri. Bila kerja berkumpulan kerajinan dia masuk dalam cengkerang keras tu. Yang rajin mulut dia. Heheh jangan marah SNAIL ni, konfem tak makan saman. Dia akan ulang perangai lama.

4. Banyak Kata Hikmah (YODA)
YODA mesti ada dalam hidup kita. Kawan jenis ni banyak ilmu. Kadang-kadang dia kaya. Kadang-kadang dia miskin. Kadang-kadang dia biasa. Yang penting dia banyak ilmu. Dia jenis tak heran dengan harta. Ada lebih bagi dia bonus. Orangnya pendiam. Orangnya boring. Humor jarang sekali keluar dari mulut dia. Tepati masa. Tepati janji. Kadang-kadang menyakitkan hati pasal cara dia tak kena dengan cara kita. Jadi hidup dia penuh dengan falsafah. Ada prinsip. Kau cerita masalah dia bagi jalan selesai. Kau tanya A dia jawab A+B=C. Banyak yang kau tak pernah dengar tak pernah tahu dia ada soalannya siap jawapannya. Dia orang yang patut ada dalam senarai kawan korang. Biar dia duduk di sudut kegemarannya sendirian. Hargai dia dan dia muliakan korang.

5. Cerita Nak Gempak (CNG)
Kahkahkahkah. Orang macamni mesti ada punyalah dalam list kawan korang. Jenis nak up. Cakap nak best. Cerita nak gempak. Kadang-kadang best dengar CNG ni borak. Best layan dorang. Dia penghibur. Dia pencerita. Dia penglipurlara. Dia selebriti hidup korang. Awas. Jenis kawan macamni kadang-kadang sanggup tikam belakang cerita buruk korang kat belakang seandainya dia rasa terancam. Yalah dia takda apa korang ada. Nak kenal senang. Paling banyak cakap dalam geng korang dan ada 2 ciri ni: korang cakap ada ni, dia pun ada, paling tak kenal orang yang ada. Dan sentiasa cakap nak lebih dari korang. Haaaa, itulah CNG.

6. Bayar Semua Benda (BSB)
Ahaaaaa. Mesti korang suka kawan macamni. Dia kaya. Atau pemurah. Asal keluar dia bayar. Asal keluar dia belanja. Dari breakfast, duit minyak, tol, tiket wayang, lunch, main boling, teatime, wayang lagi, dinner semua dia payung. BSB ni samada bapak dia kaya atau dia memang kaya, dia jenis tak berkira. Ada 2 jenis BSB. 1 jenis yang nak perhatian, pujian dan penghargaan (BSB -PPP). 1 jenis yang pemurah, tak berkira, generous gila (BSB - PTG). Ingat. Jangan korang ambik kesempatan pada BSB. Sekali-sekala tu korang keluarlah duit juga. Bagitau kat dia harini duit dia tak laku. Simpan duit tu. Esok-esok pula belanja. Bagi duit dia cuti.






jom bantu ana menabung.. just klik at my Nuffnang Adv.. TQ

Monday, August 18, 2014

10 SURAH DALAM AL-QURAN YANG DAPAT MENCEGAH 10 PERKARA


SURAH ALFATIHAH
surah ini dapatmencegah kemarahan Allah

SURAH YASSIN 
surah ini dapat mencegah kehausan di hari kiamat

SURAH AD DUKHAN
surah ini dapat mencegah kesusahan di hari kiamat

SURAH AL WAQIAH
surah ini dapat mencegah kefakiran

SURAH AL MULK
surah ini dapat mencegah seksa kubur

SURAH AL KAFIRUN
surah ini dapat mencegah kekufuran ketika di cabut roh 

SURAH AL IKHLAS
surah ini dapat mencegah kemunafikkan  

SURAH AL FALAQ
surah ini dapat mencegah iri hati seseorang

SURAH AN NAS
surah ini dapat mencegah was-was






jom bantu ana menabung.. just klik kat iklan Nuffnang ana.. :-)

Sunday, August 17, 2014

10 MAKANAN MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN


Oat
Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ianya mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Telur
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan pada masa yang sama, rendah kalori. Telur membantu untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik untuk badan.

Epal
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi Pectin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

Cili Hijau
Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

Bawang Putih
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.

Madu
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan mengambil setiap hari pada awal pagi .

Teh Hijau
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan badan kita weight.Take harian 2 cawan teh untuk hasil yang lebih baik.

Rumput Gandum
Ianya meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak dalam badan. Kombinasi terbaik untuk diet yang baik.
Tomato
Tomato membantu membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu untuk menjauhkan diri dari kanser. Ditambah dengan Vitamin A, Vitamin C, Kalsium dan Kalium yang tinggi termasuk kaya dengan Beta Karotena yang sangat berguna untuk mata.

Coklat Gelap
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan Serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.






Jom bantu ana menabung.. jangan lupa klik iklan Nuffnang ana.. :-)

Friday, July 18, 2014

MH17: BESARNYE DUGAANMU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Al-fatihah.. besar sungguh dugaanMu ya allah...

WASHINGTON: Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi
tidak pasti siapa yang melakukan
tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat.

Penganalisis perisikan sedang mengkaji data untuk menentukan sama ada senjata itu diluncurkan oleh pemisah pro-Moscow di Ukraine, pasukan tentera Russia di
sempadan ataupun pasukan keselamatan Ukraine, kata dua pegawai AS.

“Kita sedang mengkaji semua analisis ini,” kata seorang pegawai.
Tetapi besar kemungkinan pesawat itu terkena peluru berpandu darat-ke-udara, kata pegawai berkenaan.

“Itu yang kami percaya,” katanya

Friday, July 11, 2014

8 CARA KEJUTKAN ANAK BANGUN TIDUR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Salam jumaat semua..  sejak 2 menjak ni,  ana banyak cari cara menjaga budak.. ni semua sebagai persediaan ana menjaga anak sedara ana musim haji nanti.. semoga allah permudahkan urusan ana nanti.. jom baca 8 cara mengejutkan anak bangun tidur...

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak, r emaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan
menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh:
Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi ,
solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana
dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Mari lah sama-sama kita amalkan.. semoga amalan ni boleh mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin...

Sunday, May 25, 2014

COKLAT OH COKLAT

ASSALAMULAIKUM...

Terkejut Ada.. sedih pun Ada.. tp lbh kepada bersyukur.. Sbb terhindarkan dr tmkn benda yg haram.. alhamdulillah..

Lps satu jenama ke satu jenama.. mcm mn ni.. cbrn sungguh utk pengemar coklat.. tp bgs gak dgn penemuan bhn x sepatutnye Dlm coklat kan.. boleh halang kt dari mkn benda yg haram..










Kepada semo pengemar coklat.. sila take note k.. Jgn lupa bantu ana menabung.. klik kt iklan nuffnang ana k.. da... tq

posted from Bloggeroid

Sunday, May 4, 2014

01/05/2014: KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF(CEO) BARU DILANTIK

ASSALAMUALAIKUM... 

Lotus appoints new chief executive
Jean-Marc Gales


Proton Holding Berhad melantik Jean-Marc Gales sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) di salah sebuah anak syarikat mereka iaitu Group Lotus.... Gales mempunyai pengalaman yg luas dalam bidang pemotoran ni.. beliau juga pernah merangka semula keseluruhan rangkaian nilai jualan dan melaksanakan satu strategi jenama baharu...

Group Lotus berpengkalan di Norfolk... CEO Proton yakin dengan kepakaran teknikal, pengurusan dan kepimpinan Gales... 

semoga Gales dapat memacu rancangan transformasi Lotus & meningkatkan lagi keupayaan perniagaan Lotus...






for more info>>>>>CLICK HERE







jom bantu ana menabung.. jom klik iklan KRING!! KRING!! KRING!!

Saturday, May 3, 2014

02/05/2014: KLIA2 MULA BEROPERASI

ASSALAMUALAIKUM...


sehingga pkl 5 ptg pada hari pertama penggunaan KLIA2 segala operasi berjalan dengan lancar.. sebanyak 42 penerbangan n kira-kira 6,300 penumpang tiba & berlepas dari KLIA2.. alhamdulillah... 

antara syarikat penerbangan yang telah memulakan operasi di KLIA2 adalah Malindo Air, Cebu Pacific Airways, Lion Air & Tiger Air... 42 penerbangan hari pertama dari 28 (Malindo Air), 6 (Lion Air & Tiger Air) and 2 (Cebu Pacific Airways)... 

09/05/2014 ada lagi beberapa airline yang akan join KLIA2 ni.. bertambah meriah la.. seperti AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia, AirAsia Zest.. 

teringat zaman ana practical kt MAHB thn 2011 dl.. key in data payment stiap airline.. mahal nye maintenance yg diorang kn byr.. ikut minute tu.. aiyoo... nsb service terbaik.. 






for more info>>>>>KLIK HERE






jom bantu ana menabung.. just klik at iklan KRING!! KRING!! KRING!!

Tuesday, April 29, 2014

ROKOK....

ASSALAMUALAIKUM... 


walaupun rokok ni bahaya pengguna nye.. tahukah penghidu rokok juga mempunyai risiko yg tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit.. org lain yg hisap rokok.. org lain yg tanggung risiko kan.. bukan saja tudung yg d counterfeit oleh org, namun skrg rokok jg telah di counterfeit.. (hehe.. mcm tudung fareeda) so utk kt yg ada psgn or family yg merokok tolong la nasihatkan mereka.. kalu nk cr idea utk menasihati mereka, just klik je kat banner kat atas tu... ok.. sama2 kt bantu hdp kt n org lain lebih sempurna tanpa ROKOK.. 








jom bantu ana menabung.. just tolong klik at adv KRING!! KRING!! KRING!!










Tuesday, April 22, 2014

NUFFNAG!!! NUFFNAG!!!!

ASSALAMUALAIKUM... 
buah cempedak diluar pagar... ambil galah tolong jolokkan.. ana bdk br blajar.. kalu salah tolong tunjukkan... 


sebenarnye ana nk tau apa maksud pic kt ats ni...huhu.. ana xtau apa maksudnye.. boleh sp2 share info dgn ana... ptolongan anda amat ana hargai... :-)






for more info>>>>>JUST KLIK HERE







 jom bantu ana menabung.. just klik kt iklan NUFFNAG ana.. KRING!! KRING!!