Kawan macamni hanya hadir dalam hidup kita masa kita senang. Masa kita ada duit. Masa kita ada apa yang dia takda. Cuba korang susah, cubalah call kawan ABS ni, dia akan jawab berhati-hati. Maksud hati-hati tu, masa dia jawab bila korang bagitau nak minta tolong dia bagi alasan. Kau kirim barang dia cakap tak sempat. Kau suruh ambikkan anak dia cakap banyak kerja. Tapi, bila kau ada bonus dia pertama muncul. Bila kau open table dia order macam dia yang bayar. Bila kau beli gajet baru dia yang offer nak test. Kau ada kereta baru dia nak bawak dulu. Kawan jenis ni hanya bertempek dengan orang yang senang dan berharta. Dia rasa bangga. Nak kenal kawan macamni senang, ajak dia bercuti. Bila cerita dia akan up kawan-kawan yang kaya, yang senang. Kau akan kenal perangai dia. Bila dah tahu tu, pandai-pandai koranglah.
2. Susah Senang Bersama (SSB)
Biasanya kawan macamni orang yang kita kenal dari kecik. Tak semua orang ada kawan yang kekal dari kecik. Dari saat membesar bersama, ada yang kenal dari tadika, dari sekolah rendah, dari hi-skool. Biasanya kawan-kawan macamni kita boleh gurau apa saja. Tegur selamba. Masuk rumah ikut suka. Selongkar bilik macam dia punya. Bahan (mengejek, kitai) tak jaga hati kita. Makanan kita makanan dia. Makanan dia makanan kita. Dia = kita. Kita = dia. Sakit dia, sakitlah kita. Dan sebaliknya. Tapi, ada juga yang dapat kawan jenis SSB ni masa kenal kat universiti, kolej, tempat kerja dan sebagainya. Paling common yang kenal dari kecik.
3. Lepas Tangan Pemalas (SNAIL)
Ok. Kenapa panggil dia snail. Sebab kawan macamni pemalas. Malas nak respon. Malas nak tolong. Malas nak ambik tau. Malas itu malas ini. Serba serbi malas. Jenis lepas tangan. Buat aktiviti dia paling last involve. Atau secara tepatnya dia join lepas semua dah siap. Korang buat semua benda susah dia datang bila dah siap (atau hampir siap). Masa tu dia buat-buat nak tolong. Dengan harapan korang nampak effort dia. Cis! Suka mengarah. Gaya macam bos. Bakat SNAIL ni dia pandai berpura-pura. Hanya rajin untuk diri-sendiri. Bila kerja berkumpulan kerajinan dia masuk dalam cengkerang keras tu. Yang rajin mulut dia. Heheh jangan marah SNAIL ni, konfem tak makan saman. Dia akan ulang perangai lama.
4. Banyak Kata Hikmah (YODA)
YODA mesti ada dalam hidup kita. Kawan jenis ni banyak ilmu. Kadang-kadang dia kaya. Kadang-kadang dia miskin. Kadang-kadang dia biasa. Yang penting dia banyak ilmu. Dia jenis tak heran dengan harta. Ada lebih bagi dia bonus. Orangnya pendiam. Orangnya boring. Humor jarang sekali keluar dari mulut dia. Tepati masa. Tepati janji. Kadang-kadang menyakitkan hati pasal cara dia tak kena dengan cara kita. Jadi hidup dia penuh dengan falsafah. Ada prinsip. Kau cerita masalah dia bagi jalan selesai. Kau tanya A dia jawab A+B=C. Banyak yang kau tak pernah dengar tak pernah tahu dia ada soalannya siap jawapannya. Dia orang yang patut ada dalam senarai kawan korang. Biar dia duduk di sudut kegemarannya sendirian. Hargai dia dan dia muliakan korang.
5. Cerita Nak Gempak (CNG)
Kahkahkahkah. Orang macamni mesti ada punyalah dalam list kawan korang. Jenis nak up. Cakap nak best. Cerita nak gempak. Kadang-kadang best dengar CNG ni borak. Best layan dorang. Dia penghibur. Dia pencerita. Dia penglipurlara. Dia selebriti hidup korang. Awas. Jenis kawan macamni kadang-kadang sanggup tikam belakang cerita buruk korang kat belakang seandainya dia rasa terancam. Yalah dia takda apa korang ada. Nak kenal senang. Paling banyak cakap dalam geng korang dan ada 2 ciri ni: korang cakap ada ni, dia pun ada, paling tak kenal orang yang ada. Dan sentiasa cakap nak lebih dari korang. Haaaa, itulah CNG.
6. Bayar Semua Benda (BSB)
Ahaaaaa. Mesti korang suka kawan macamni. Dia kaya. Atau pemurah. Asal keluar dia bayar. Asal keluar dia belanja. Dari breakfast, duit minyak, tol, tiket wayang, lunch, main boling, teatime, wayang lagi, dinner semua dia payung. BSB ni samada bapak dia kaya atau dia memang kaya, dia jenis tak berkira. Ada 2 jenis BSB. 1 jenis yang nak perhatian, pujian dan penghargaan (BSB -PPP). 1 jenis yang pemurah, tak berkira, generous gila (BSB - PTG). Ingat. Jangan korang ambik kesempatan pada BSB. Sekali-sekala tu korang keluarlah duit juga. Bagitau kat dia harini duit dia tak laku. Simpan duit tu. Esok-esok pula belanja. Bagi duit dia cuti.
No comments:
Post a Comment