RAKAN MAYA PRINCESS

Saturday, August 23, 2014

RESIPI CHEESE CAKE


nyummy.. sedapnye.. dah lama ana teringin nak buat cheese cake cracker ni.. tapi tak jumpa resipi yang senang.. tetiba one day ana terjumpa resipi ni.. apa lagi.. ana cuba la buat.. myummy mmg best.. jom cuba kawan2...


BAHAN-BAHAN:
  1. NESTUM
  2. BISKUT CREAM CRACKERS
  3. SUSU PEKAT MANIS
  4. KRIM CHEESE
  5. MILO
  6. SUSU SEGAR (untuk celupkan biskut)


CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. kemudian masukkan setengah              susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan. Bagi yang              suka manis-manis nak letak semua pon tak ada masalah. tapi komfem        terlebih manislah.

2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu      segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup sekadar nak bagi ia                lembut sedikit. Kemudian, susun di dalam loyang.

3. Letakkan creamcheese yang telah di putar tadi. Letakkan nipis-nipis je.     tak payah tebal sangat.Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan             creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah gerak hati masing-         masing.

4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pula.           milo ni pon ikutlah gerak hati masing-masing jugak nak banyak mana.         lagi banyak milo tu lagi sedap.

5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. tapi             untuk cheesecake milo biskut ni, cuma dapat buat 5 lapisan je. pada             lapisan yang terakhir sekali, bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.


6. Akhir sekali, taburkan nestum di lapisan creamcheese terakhir. Bolehlah     dimasukkan dalam peti ais semalaman.






jom bantu ana menabung.. just klik at my Nuffnang adv.. :-)



Post a Comment