RAKAN MAYA PRINCESS

Friday, August 15, 2014

RESIPI TAUHU TELUR



bila puasa ni mula la rasa nak makan macam2.. alhamdulillah hari ni last ana puasa enam untuk tahun ni.. in shaa allah jika di panjangkan umur ana boleh buat lagi tahun depan... tetiba rasa nak makan tauhu telur.. jom kita terjah macam mn ana wat...

BAHAN:
4  Ketul   tauhu biasa(ala yang 4 segi tu)*
2  Tiub    tauhu jepun*
4  Biji      telur 
isi ayam*
cili merah
daun bawang + daun sup
serbuk cukup rasa maggi (pakai kiub ayam.. pun layan)
mix vege
lada hitam (baru pedas skit)

Cara: 
blend semua bahan yang bertanda *.. then masukkan dalam bekas & gaulkan dengan 2 biji telur, cili merah, daun sup, daun bawang, mix vege, lada hitam & serbuk cukup rasa maggi... gaul sampai sebati.. lepas tu kukus adunan tersebut selama 30 minit.. bila adunan tersebut dh sejuk.. boleh la potong adunan tersebut mengikut citarasa masing... celup potongan tersebut dalam telur.. dan sedia untuk digoreng.. boleh la makan dengan sos.. 

ala caranya macam kita buat begedil tp yang bezanye tauhu telur ni kita kn kukus dulu adunan tu baru dibentuk dan digoreng... nanti ada masa ana share plak resipi begedil k.. selamat mencuba...






Jom bantu ana menabung.. just klik at my Nuffnang advertisement... :-)

Post a Comment