RAKAN MAYA PRINCESS

Wednesday, August 27, 2014

KHASIAT DAUN PEGAGA



Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Kebanyakkan ulam-ulaman ni ada khasiatnye tersendiri kan.. ana selalu makan pegaga ni samaada sebagai ulam atau buat kerabu dengan ulam-ulam yang lain.. sedap.. one day ana nak cuba buat jus pegaga asam boi.. moh kita amalkan... 






jom bantu ana menabung.. just klik at my Nuffnang adv.. TQ



Post a Comment