RAKAN MAYA PRINCESS

Wednesday, August 20, 2014

RESIPI LAKSAM



sejak musim raya ni kan asyik makan ayam, daging n kambing je.. sampai naik loya tekak dah ana tengok semua tu.. so hari ni ana mencari resepi yang menggunakan ikan pulak.. niat hati konon nak buat "diet Atkin" lepas raya.. tapi hampeh.. still tak berjaya lagi... moh kita layan cara ana buat laksam hari ni... 



BAHAN-BAHAN BUAT LAKSAM

  1. 3 cawan tepung beras
  2. 1/2 cawan tpg gandum
  3. sedikit garam
  4. 4 3/4 cawan air suam
  5. 3 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
  1. campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
  2. panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  3. masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit.. angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
  4. guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis.
  5. kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis.
 ni la contoh dulang yang ana guna untuk masak laksam.. dulang ni kena lumur dengan minyak dulu tau...


BAHAN-BAHAN KUAH:
  1. 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  2. 2 biji bwang sederhana besar
  3. 2 ulas bawang putih..
  4. sedikit je halia
  5. 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  6. sedikit belacan
  7. 1/2 periuk santan pekat 
  8. garam
  9. gula
  10. keping asam gelugur
CARA-CARA: 

  1. ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
  2. bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
  3. masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
  4. kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
  5. masak hingga mendidih..dgn api sederhana
ULAM-ULAMAN

  1. kacang panjang
  2. timun
  3. tauge
  4. kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
SAMBAL

  1. sedikit belacan
  2. lada merah
  3. cili api merah
  4. garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus
selamat mencuba....






jom bantu ana menabung.. just klik at my Nuffnang adv... :-)

No comments: