RAKAN MAYA PRINCESS

Wednesday, August 27, 2014

RESIPI TIRAMISU STAWBERI


Lama rasanya ana tak buat dessert.. tetiba teringin nak makan teramisu.. apa lagi tengok bahan kat rumah apa yang ada & apa yang tak da... lepas tu terjah kedai cari bahan yang tak cukup... jom cuba buat.. 




Bahan-bahan untuk sirap (4-5 cawan)
150g strawberry filling
80mL air suam
1 sudu kecil gelatin halal
Sedikit parutan kulit lemon

Bahan-bahan lain
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping/thickened cream
50g gula icing (ditapis)
1 paket biskut tiramisu / lady’s finger
Sedikit buah strawberi segar

Cara-cara
Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati. Panaskan sebentar di api supaya gelatin larut. Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika. Dalam bekas lain, campurkan whipped dan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan sudu sehingga rata.

Cara untuk melapis
mula-mula letak sedikit sirap, kemudian susun biskut dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias dengan hirisan buah strawberi. Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.






jom bantu ana menabung.. just klik at my Nuffnang adv... TQ

Post a Comment