RAKAN MAYA PRINCESS

Friday, March 14, 2014

DOA

salam jumaat semua.. penghulu segala hari.. hari ini nak share dengan kawan2 ttg doa yang mustajab dari Dr Zaharuddin.. antara doa2 yang mustajab adalah:

  • doa yang paling utama ialah solat 5 waktu sehari semalam
  • antara sebab doa kita tak dimakbulkan apabila insan itu sendr yang mengatakan doanya tidak dimakbulkan oleh Allah. ada 3 cara Allah makbulkan doa kt:
    •  allah makbulkan doa kita dengan segera
    • allah tangguh masa untuk makbulkan doa kita supaya kita dapat pertolongan di akhirat kelak
    • allah hindarkan kita dari mendapat mala petaka
  • kita hamba yang lemah kn tetap berdoa.. in shaa allah dengan izinNYA mampu mengubah qadak bukannya qadar. 
    • qadak bmaksud perlaksanaan apa yang telah tertulis oleh allah di loh mahfuz
    • qadar bmaksud skrip yang telah Allah tetapkan sejak kt lahir (AJAL, MAUT, JODOH, REZEKI)
setiap doa mesti di akhiri dengan perkataan AMIN.. ini kerana AMIN itu sendr membawa maksud :
  • istamiq (dengarkanlah)- supaya Allah mendengar rintihan kita umatnye yang kerdil
  • taqabbal (terima)- supaya Allah terima doa kita
  • istajib (tunaikanlah)- supaya dengan izinNya, Allah tunaikan permintaan kita..
contoh doa yang perlu kt amalkan dalam kehidupan harian kt adalah:
  • doa Nabi Yunus ketika beliau didalam perut ikan nun
  • doa Nabi Ibrahim (surah Al-Imran ayat173)
  • surah at-taubah ayat 129


YA ALLAH, ENGKAU BERI LAH PETUJUK KEPADA KAMI DIMANA KEDUDUKAN MH370.. JIKA TELAH TENGGELAM DIDASAR LAUT ENGKAU TIMBULKANLAH... JIKA JATUH DI DASAR BUMI ENGKAU TUNJUKKANLAH.. JIKA MASIH DI AWAN BIRU ENGKAU TURUNKANLAH.. SESUNGGUHNYE ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK SEKALIAN ALAM INI.. AMIN YA RABBAL ALAMIN




No comments: